Just for reminder for me and sharing info with you, dear
beloved readers. As our preparation before meeting our Creator. We must always
be prepared, right? :)
gambar hiasan |
Antara kelebihan membaca al-Quran:
1] Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
2] 1 Pahala membaca satu huruf daripada al-quran : Menurut
Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan al -Jauzi pula berpendapat digandakan
sebanyak 700 kali.
3] Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari
syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4] Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah
seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5] Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan
yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6] Pada hari kiamat al-Quran menjadi pembela.
7] Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan
kemuliaan di syurga.
8] Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan
malaikat.
9] Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan siddiqin,
syuhada dan solehin.
10] Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa
mereka.
11] Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh
malaikat di langit.
12] Jika dibaca dari dalam rumah, akan memberi cahaya
kepada rumah itu.
13] Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) akan
mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
14] Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi
imam solat.
15] Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari,
mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
16] Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada
solat sunat 1000 rakaat.
17] Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan
keharmonian hidup.
18] Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
19] Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.
Wah, banyaknya kelebihan membaca kitab suci ini! Apatah lagi jika kita memahami maksud, serta menghafaznya. Subhanallah! Indahnya agama-Mu. Tidak sukar pun memperoleh pahala.
gambar hiasan |
Lagi satu, masa yang diutamakan membaca al-Quran : Tengah malam
sehingga fajar, antara maghrib dan isyak dan sesudah solat subuh.
Amalkan untuk mendapatkan pahala yang berlipat ganda. Kongsikan dengan sahabat-sahabatmu, pasti mereka akan berterima kasih kepada anda di akhirat nanti, kerana dengan perbuatan se'simple' ini, kita dah boleh dapat pahala dan kesenangan di akhirat kelak. Siapa yang tak mahukan kesenangan?
Amalkanlah sebagai persediaan untuk mati.
wassalam
kredits to : taqieeummu.blogspot.com