Thursday, 23 May 2013

My Very First Make up and Pop Beauty Stain Stay Brick Beauty Review!

Assalamualaikum, good day!

I love lippie stuff, like lipstick, lip balm, lip stain, lip scrub, you know, like every single thing for lips! XD

I've fell in love with lipstick since I was little, when I saw my mum applying it on, a creamy bright red thingy glides on her lips and WOW! She looks so pretty with it. I know it'd be my favourite thing when I grow up. And yes it did. It is the first make up I ever had. A lip balm to be precise. It was Lip Ice by Mentholatum, and I've been wanting it ever since I saw its TVC.

My first lippie product, strawberry LIP ICE. These are the old designs. <3
My very first lipstick was from Avon, a coral pinkish color, but I don't remember the name or the collection it came from. And I was 13 when I had my first lipstick. And now I am all over lip stains.
The lip stain I'm using now is Stain Stay by Pop Beauty in Brick Beauty. I don't actually bought this, but I won this from an online contest by Seventeen Malaysia. I got this with several other products from Sephora, a hamper worth RM250 to be exact. I know. OMG. Thanks Sephora and Seventeen Malaysia! (too late for that but yeahh)
I'll do some reviews on them later.
Okay, so this lip stain gives you a very nice red color which is buidable on the lips -- you can apply less for light red color, or layer it up to get a real hot red lip color...which I don't really fancy :p
I've did some internet searches and there are 6 colors, Brick Beauty, Mocha Must, Peach Pucker, Petal Pout, and Pop Pink. I'd love the rosy Petal Pout color, but nah I don't really mind since I'm already happy with the one I already got.
Oh oh and this thing looks like a marker right? I've experienced a funny-sort-of-embarassing event because of this stain. I was at a shoe store, and there was this huge mirror on the wall. I saw my reflection and oh my, I looked like a walking dead! I remembered I brought the Pop Beauty lip stain and I was so thankful I did bring it that time, because I always forgot to bring lippies whenever I go out. So I happily take it out from my bag and applied it in front of the mirror. And there's this cute guy working there, he was looking at me -- with a very disapproving look.

And then I realised he looked at me in that way because he thought that I was a freak who desperately trying to look pretty -- with a red marker. lol

Pop Beauty Stain Stay in Brick Beauty

The applicator. The sharp point ruined because I always hastily recapped it and  ended up squishing the point.

I dropped the stain and it did this. Oh no.

Attempt to clear it up with make up remover >:(
Okay now I'm upset.
PROS

  • fit in small bags or purse and lightweight (of course)
  • the content does not spill out, so it is safe to carry for travel
  • easy to use, it's like a pen
  • easy to blend. It doesn't appear patchy(?) on skin
  • color stays all day
  • great for those who likes bright red lips
  • easily washed off when in contact with water, so when you are taking wudu', it won't cover your lips from the wudu'
CONS
  • smells a bit odd. synthetic odour?
  • enhance chapped lips appearance. Must wear lip balm underneath. But I usually wear the lip balm after the stain
  • if you are on a date with your husband etc, when you drink or eat, the stain won't last long. The stain on the skin or lips tend to wash away easily when in contact with water. (but when it gets on your stuffs like keyboard -.-' it hardly came off)
  • eventually fades to rosy pink color (I'm not sure if this belongs to the pros or cons...)

Hmm...might gonna try the Rimmel's 1000 Kisses Lip Tint someday. I've seen it at the stores when they first released but only the sample ones. haha. you know what I mean? They were all sold out. All the colors. Anyway, I know this is too late to ask, but are they good? This Rimmel 1000 Kisses Lip Tint?

till the next entry, wassalam.
p/s: before hitting the Publish button, I rub it again (not just some gentle 'rub'!) with make up remover. It's still there. Grr

*update : please be reminded that this is old entry. very old.

Tips Belajar dengan Berkesan -- Dato' Dr. Fadhilah Kamsah


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca      
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.


5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat


6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.


11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar


words of wisdom


Monday, 13 May 2013

Bergantung kepada Allah - Ini Kisahku

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Sebenarnya dah lama jugak tak menulis entry yang benar-benar straight dari hati...terbit dari jiwa. ikhlas.

ehe

nak cerita sedikit beberapa perkara yang terjadi pada diri ni akhir-akhir ni. Sejak minggu lepas, saya jatuh sakit. Demam. Mula-mula sakit tekak, lepas tu batuk, then demam. Bila dah immune system haywire (gone gila. ehe), selesema pulak attack. wahh, memang 'best' rasanya. Tapi pada saat saya menaip ni, dah kebah sikit dah demamnya. Tu yang tiba-tiba terasa kuat menaip ni ehe!

First event,
Last week. It was Thursday. That day memang demam pun tapi tak seteruk bila malam.
Petang tu cuma ada kelas kimia je. Tapi habis kelas je grup saya rajin, buat discussion dekat library. Biasalah bakal dekan macam ni lah. Dalam pukul 6.45 pm, library nak tutup. Kami pun sambung kerja kat tangga library. Tiba-tiba hujan. Apalagi, kami lari lah laju-laju nak balik kolej. Bukan apa, risaukan jemuran... ehe.
Kemuncaknya, demam teruk malam tu. Then, ada kawan datang bilik, nak pinjam broadband katanya. Saya pun selongkarlah beg. Eh.eh. Tak jumpa! Hah, tercicir ke masa lari tadi? Sebab aku lah satu-satunya orang yang bawa laptop kat library tadi. And masa lari tadi, time tu baru tengah off laptop. Memang 'pandaii'kan? ehe.


Risau betul tertinggal kat library. Modem kan mahal, risaulah! Saya pun nekad cari modem tu malam tu jugak. Pukul 10.30 macam tu, saya bertemankan kawan saya tadi tu, pergi ke library. Dalam hati, asyik berdoa, tolonglah aku Ya Allah. Sampai sana, hmmph. Cari punya cari. Hmmph.... Tak jumpa. Nak menangis dah, tapi air mata tak keluar. Kawan saya suruh saya sabar. Mungkin ada librarian yang terjumpa modem tu masa kunci library kut sebab kami yang terakhir keluar library sebelum library tutup tadi. Saya istighfar, berdoa banyak-banyak dalam hati. Ini ujian Allah kan? Dia nak tengok sejauh mana kebergantungan hamba-Nya kepada-Nya. Ada kebaikan dari dugaan ini. Mungkin ada hikmahnya kalau hilang. Entahlah. Saya terfikir, kuatkah keyakinan ini? Tak apa, kalau hilang, saya redha.
Bila balik bilik, saya menangis. Sungguh-sungguh saya menangis. Sebab saya tak mampu nak hadapi parents kalau benda tu hilang. Mahal benda kecil tu. Kami keluarga sederhana je. I kept on crying, sambil tangan memunggah beg, sambil ucap, Ya Allah, jika ini dugaan-Mu kepada ku, aku redha, tapi aku tak fikir aku mampu kalau benda ni hilang. (as a student, this thing is very important to aid us complete our tasks) Inilah sumber informasi aku. Yang membantu aku siapkan tugasan. Yang bagi aku akses kepada update kuliah. Aku bimbang kalau takda benda ni, bertambah payah aku nanti, dan masa tu nanti, aku takut aku kurang percaya kepada hikmah dari dugaan-Mu. Aku takut aku tak mampu nak nampak hikmah dari dugaan yang Kau beri ni. Astaghfirullah, ya saya tahu. Sampai situ saya fikir, sebab saya tahu iman saya tak kuat. Mudah goyah. Tapi, Allah sahaja kan yang Maha Mengetahui segala sesuatu, Dia tahu kekuatan saya. Tiba-tiba tangan tergenggam satu benda yang amat familiar, dekat compartment beg yang paling jarang saya guna. And yes! There you are, modem ku! Alhamdulillah! Terus buat sujud syukur.
Maybe you guys fikir, ini benda kecil, just modem broadband jer hilang, but for me, this is big. One, because it's important to me, yes. And, sebab bila ada sesuatu yang kita pegang hilang, atau terlepas dari genggaman kita, pasti ada sebab kenapa Allah tarik benda tu dari kita. Sebagai peringatan untuk kita. Bahawa setiap apa yang kita miliki ni bukanlah hak milik kita yang mutlak. Bahkan tubuh badan ni pun akan dipulangkan kepada Pemiliknya.

Second event,
the day before.
Saya ambil wuduk and then terus ambil telekung, handphone dengan al-Quran sebab niat nak pergi solat jemaah dekat surau. Masa ambil al-Quran tu, terdetik dalam hati, nak cerita kat dia al-Quran tu baru, parents bawa balik dari umrah. Yang Quran tu dari kilang Quran di Makkah, lepas tu ada la kisah-kisah lain pasal Quran tu yang saya nak kongsi. Masa tu terfikir dah, eh aku ni, kira show off ke? Eh takkanlah, aku nak share cerita je. So saya pun bangkit cari kunci pulak, nak kunci bilik sebab takde orang kat bilik, roommates semua keluar. Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Habis saya selongkar katil, beg, meja... Langsung tak jumpa. Stress! Dah lambat ni, nanti kawan saya tu dah solat pulak, sebab saya tak mention awal-awal nak solat sekali. Lepas tu, entah macam mana, mata saya terpaku dekat al-Quran tadi yang dah sedia di tangan. Mungkinkah sedikit lintasan riak dan bangga diri di hati ni menjadi punca Allah menduga saya sebegini? Saya pernah baca somewhere, yang kalau kita terfikir/terlintas sedikitpun apa yang kita yang kita buat tu menimbulkan riak dalam diri atau sifat bangga diri, hentikan buat kerja tu. Contoh, situasi membaca Quran di bus stop, "Eh, tak macam poyo ke aku ni baca kat khalayak ramai macam ni? Ish segan pulak. Ah, baca jelah" Sepatutnya baik jangan terus baca kalau ada lintasan hati macam tu. Takut ibadah tu jadi sia-sia, kerana secebis rasa riak.
As in my case, saya pun didik hati, back to fitrah, istighfar. Ya Allah, aku rasa betullah, tadi tu aku riak. Aku berniat nak menunjuk sebenarnya. Malu sebenarnya nak mengaku. Kalau saya tak mahu mengaku sekalipun, Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya, walau sebesar zarah. Saya take a breath and entah macam mana, tangan saya automatic angkat file dan kertas yang bertimbun atas meja sekali gus. Pang! Rasa macam mata ni kena setepek di'lempang' oleh pemandangan di depan mata. Kunci terletak cantik, bersinar bagai tersengih mengejek saya, siap dengan tali hitamnya yang memeluk kunci tu, penuh kasih sayang! ehe!
Betul-betul sejurus selepas saya buat pengakuan tu dalam hati, terus Allah gerakkan tangan ni angkat fail tu.
Malunya, hee! So saya pun teruskan ke bilik kawan saya tu, and we performed solat jemaah together.


The End. :)
Kesimpulannya? Bila kita yakin kepada Allah, yakin yakni percaya akan ketentuan Allah dan bahawa segala sesuatu tu berlaku atas kehendak-Nya, InsyaAllah kita nampak kekuasaan, dan kebenaran janji Allah. Teruskan percaya kepada Allah, ingat lah kepada Allah tak kira masa, tatkala kita senang mahupun susah, Allah akan bantu kita anytime.


FIRMAN ALLAH SWT:
"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152). 

NABI S.A.W bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".


wallahualam