Thursday, 21 August 2014

Bagaimana nak dapat straight A's peringkat sekolah? Applicable for University too (Part 1)

Assalamualaikum. Saya bekas pelajar terbaik di sebuah sekolah harian tempatan. Alhamdulillah, saya peroleh 5A UPSR, 8A PMR, dan 9A (5A+, 3A, 1A-) SPM, aliran sains. Kini, saya berada dalam peringkat degree, kursus Biologi di sebuah universiti tempatan. No, no, no, saya bukan nak show off. Astaghfirullah, tak layak saya nak show off sebab ilmu tu Allah yang punya. Kejayaan ke apa, semua datang dari Allah Taala. Saya tak miliki apapun, melainkan amalan nak dibawa ke kubur. Saya bagitahu result sebab nak cakap tak mustahil kita boleh dapat result macam ni, melainkan usaha, tawakal, dan blessing dari Allah. Kalau ada kekurangan maafkan saya yang serba khilaf ni.

Subjek 5A+ tu adalah Additional Mathematics, Fizik, Sejarah, P. Islam, dan Matematik Moden.
Yang A- adalah Bahasa Malaysia.
Saya memang bermasalah dalam BM sebab kurang mahir menulis. Mungkin juga sebab kurang membaca? Hehe.
Jadi, ini saya kongsi cara saya belajar. Jujur, saya taip semua ni. Ya, maybe terlambat dah untuk yang exam SPM tahun ni, maafkan saya. Saya simpan ini dalam draf lama sangat. Busy dgn studies.


Part 1
  • Number one, the ultimate number one, NIAT! Set niat dulu, other things that comes after that, Allah will make it easy for you InshaaAllah.

Niat belajar biarlah kerana Allah, bukan kerana exam. Lillahitaala. Saya mengaku dulu saya lalai, tak niat macam ni. Sebabnya, tak ada orang ingatkan saya. Atau mungkin, ada orang ingatkan, tapi saya buat tak dengar, ataupun saya terlupa.
  • Number two, rajin membaca.
Orang malas susah nak berjaya. Nak berjaya, kena lah bagi effort lebih kan? Dan ya, gagahkan juga baca entry ini untuk tips best!
  • buat nota kecil untuk topik yang sedang dibaca dan bawa kemana-mana
Ini terpulang kepada anda juga. Jika anda jenis yang rajin dan pengemas, cara ini mungkin sesuai untuk anda. buat nota yang kecil, ringkas tetapi menarik, contohnya include warna dan ilustrasi yang segar. Namun, yang penting di sini bukan nota yang warna-warni sahaja, tapi kekemasan nota anda tu. Pastikan susunan nota betul dan tidak bersepah-sepah maklumatnya.
  • elakkan dari sifat malu bertanya
Ini masalah kebanyakan pelajar, yang malu bertanya bila tak faham. Sebabnya mungkin malu diketawakan kawan-kawan, atau mungkin bimbang dimarahi guru. 
He who asks a question is a fool for five minutes; he who does not ask a question remains a fool forever-Chinese Proverb
Ertinya di sini, orang yang bertanya tu mungkin tidak tahu sesuatu tu untuk sementara waktu, tapi orang yang tak bertanya langsung kekal bodoh kurang bijak selamanya. Orang ni kata bukan saya kata tau.
Jadi, anda nak jadi yang mana satu?


  • bila bertemu rakan-rakan, pastikan anda bercerita soal pelajaran bukan soal remeh temeh yang tidak bawa manfaat
Ha, yang ini seringkali terjadi dalam study group kan? Bila kita berkumpul, mula lah macam-macam story keluar. Dari kisah kucing dapat anak sampailah ke gosip artis mahupun kisah movie baru di wayang. Yang menaip ni pun tak kurang bezanya. Apapun, pilihlah ahli group yang mindset nya STUDY, berdisiplin dan serius untuk capai sukses. Masa discussion pun kena ada salah seorang yang tegas dan orang tu kena lah cuba pimpin member yang lain setiap kali bila tersasar topik perbincangan.
  • fokus dan fahamkan bila di dalam kelas. elakkan berbual. sebarang persoalan ajukan terus kepada guru.
Ini adalah antara jawapan saya setiap kali ada orang minta tips belajar. Fokus dan fahamkan dalam kelas, fokus dan fahamkan dalam kelas, fokus dan fahamkan dalam kelas. Pada saya ini satu teknik. Why? Bila kita fokus, dah tentu banyak ilmu yang mudah masuk di dada. And, bila kita dah siap-siap fokus dan faham, mudahlah bila nak ulang kaji nanti. Tak perlu susah-susah nak baca balik lepas kelas. Bukan lah tak perlu baca langsung lepas tu, but at least, ringan lah sikit burden nak fahamkan lagi kan. Maybe tinggal nak hafal je.
Teknik ni penting sebab kita boleh guna, sama ada masa ulang kaji atau time kelas, sampailah masuk universiti nanti. Yela, bila kat universiti (degree) nanti, mana ada (jarang) nota senang-senang lecturer nak bagi. Universiti bukan macam sekolah. Itu yang pasti. Silibus pun agak banyak and lebih susah, of course.
Tapi sayangnya kita tahu otak manusia agak sukar untuk fokus dalam tempoh lama, biasanya 45 minit je boleh fokus. Lepas tempoh tu semua yang masuk otak terus out balik. Tapi ada lagi satu fakta yang kita kena tahu soal otak ni, otak boleh dilatih untuk tingkatkan kebolehannya untuk suatu jangka masa. Itupun jika JIKA DILATIH.
So, bagi yang pelajar sekolah tu, bolehlah mula latih diri untuk fokus dalam kelas. Mulakan dengan tempoh pendek dulu, contohnya 30 minit. Lepas tu break sekejap. Kalau kat kelas mana boleh suka-suka hati nak break kan, so, minum la air sikit untuk refresh. Ataupun cuci muka. Then, bila dah selalu buat macam ni, tambahkan tempoh fokus study tu. 45 minit, 50 minit, next sejam bila anda dah hebat. Like me, saya mampu tahan sejam lebih, alhamdulillah. Mana nak tahu bila kita dah tak fokus? Bila dah mula tak faham apa yang dibelajar tu, tandanya dah out lah tuh.
Bila ada member ajak borak, saya tunjuk isyarat diam. Kalau member merajuk sikit, alah, habis kelas pujuk lah balik. Sahabat yang baik akan faham dan sambut baik cara kita selalunya. Kalau sampai tahap hilang kawan tu, hmm, jangan sedih ye, sebab dari situ kita boleh nampak, mana sahabat yang boleh bawa ke arah kejayaan atau sebaliknya. wallahualam


  • buat perancangan belajar
Buat jadual? Hah, bagi saya tak semestinya. Asalkan kita tahu nak latih diri berdisiplin, jaga waktu study, funtime dengan bedtime, insyaa Allah okey je. Nak susun jadual, kan banyak apps dalam smart gadget sekarang ni kan? Manfaatkan gadget canggih anda ye. Kalau tak mampu nak susun jadual, apatah lagi nak follow jadual tu, try alternatif lain. Contohnya macam saya, rajin-rajinkan mata tu menjeling jam. Pakai jam tangan selalu lah. Ataupun, letak jam 'seketul' depan meja study. Lepas tu set kan, anda nak study sampai jam berapa hari ni? Nak break berapa minit? Handphone mahal-mahal yang ada tu pun boleh guna. Sama ada buat alarm ke, buat reminder ke, apa-apa lah. Teknologi sekarang kan banyak manfaat. Gunakan sebaiknya.


bersambung, Insyaa Allah...
Next entry, saya akan cerita pasal tips score each subject yang saya tahu. Lain subjek, lain cara study tau. See you till the next post! *yawn

No comments:

Post a Comment