Tuesday, 30 April 2013

Yuna - Backpacking Around Europe guitar chord

I really really love this song. It's originally by Yuna Zarai. I recorded my own cover of this song and emailed it to my bestfriend. We haven't met for like, a year now...since we pursued degree. She went to Sarawak, while me, in peninsular. She sent a lot of videos of her singing via email, dedicated those songs for me. And she really wanted to hear me play guitar and sing, so I recorded a video and she likes it a lot! :) So glad!
Should I post the cover on Youtube? No way! I'm too shy lol! And my voice isn't good to be honest. :P
All this time I never show myself playing guitar in front of anyone, except my brother. Cause he's the one who taught me play, so...
Oh, and yes, I know this song is super duper easy right? I chose this song not because it's easy but I liked the lyrics, and I meant it for my bestfriend....aaaand I like Yuna. ehehe!
This is one of my favourite cover on Youtube.


Update:
Standard tuning, no capo.
Strumming pattern, D D DDU DD

D A G Gm

D
We question what we are
A
this has been the best so far
G
and I miss you
Gm
when we are apart

D
I barely even know you
A
You rarely do this too
G
I don't usually talk to strangers
Gm
until I met you

(chorus)
D
and this feeling shall last
Asus4
this feeling shall last
Em
we are proud enough to not to know
Gm
that we aren't strong enough to let it go

Dmaj7
and this feeling shall last
D7
this feeling shall last
Em
we could be a thousand years apart
Gm
and you'll always have my heart

D
well this has been nice
A
we'll meet again sometime
G
but I can't promise you
Gm
cause I'm flying away

D
when I'm on op of some building
A
in Montreal
G
with the lovely view
Gm
I'll think of you


D
and this feeling shall last
Asus4
this feeling shall last
Em
we are proud enough to not to know
Gm
that we aren't strong enough to let it go

Dmaj7
and this feeling shall last
D7
this feeling shall last
Em
we could be a thousand years apart
Gm
and you'll always have my heart


D
we're going that backpacking trip
A
we're travelling around Europe
G
and 7 different languages
Gm
I learn how to say hello

D                                       A
oh we'll yodel on top of the Eiffel tower
G
I'll drive around Rome
Gm
before we head on home

                D
you see it's a small world darling
A
and we are still young
G
we might be so far away
Gm
we might just meet again someday


D
and this feeling shall last
Asus4
this feeling shall last
Em
we are proud enough to not to know
Gm
that we aren't strong enough to let it go

Dmaj7
and this feeling shall last
D7
this feeling shall last
Em
we could be a thousand years apart
Gm
and you'll always have my heart

Thursday, 25 April 2013

Menjauhi Angan Kosong dan Tipu Daya Syaitan

Musuh terbesar manusia sejak bermulanya kewujudan manusia(zaman Nabi Adam as) adalah Syaitan.
Syaitan bersumpah nak menyesatkan kita, umat manusia sejak saat Nabi Adam diciptakan. Bagaimana
mereka laksanakan tugas mereka?
Dengan menyusun tipu helah, menghiaskan dunia ni, supaya manusia terpesona dan cintakan dunia.
Walau bagaimanapun, Al-Quran ada memberitahu yang tipu daya syaitan itu lemah dan tidak memiliki
kekuasaan pun atas manusia.

"Orang-orang yang beriman, mereka berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, (kerana) sesungguhnya tipu-daya syaitan itu lemah" Surah an-Nisa': 76.

gambar hiasan

Terbuktilah bahawa tipu daya syaitan itu lemah dan ia tidak memiliki kekuasaan atas manusia,
dan sesungguhnya Allah menjadikan segala sesuatu itu mudah untuk manusia. Kelemahan syaitan ini
bererti, orang-orang beriman tidak alami kesulitan jika mereka mengamalkan agama sebenar-benarnya.

"Ia (syaitan) berkata, "Ya Tuhanku, kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku
akan jadikan hal-hal di bumi terlihat baik bagi mereka (manusia) dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." Surah al-Hijr : 39-40

Dalam ayat lain, Allah telah ungkapkan bahawa syaitan tidak memiliki kekuasaan atas orang-orang
yang beriman dan bertawakal kepada Allah:

"Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah" Surah an-Nahl : 99-100

Bisikan syaitan itu menyesatkan dan mampu memalingkan manusia dari jalan Allah, dan menjadikan manusia lalai dengan urusan dunia dan hal remeh temeh. Syaitan juga berusaha menanamkan perasaan takut dan sedih dalam diri manusia, timbul rasa dengki dan syak wasangka sesama manusia, rasa tidak yakin kepada Allah serta ragu-ragu terhadap al Quran dan Islam.

Bila iman kurang mantap, syaitan pun mudahlah mengisi hati manusia dengan angan-angan kosong,
buat kita leka bina angan-angan tapi tak berusaha,
buat kita lalai isi masa yang kita sangkakan masih banyak, padahal anytime je boleh luput tanpa kita sedar.

gambar hiasan
"Dan akan kusesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka
dan akan kusuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan aku akan menyuruh mereka mereka mengubah ciptaan Allah (lalu mereka benar-benar mengubah ciptaan Allah).
Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang nyata.
(Syaitan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka,
padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.
Mereka (yang tertipu) itu tempatnya di neraka Jahanam dan mereka tidak akan mendapat tempat (lain untuk) lari darinya."
Surah an-Nisa : 119-121

"Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia" surah an-Nas : 5.

Allah dah beri peringatan kepada orang-orang beriman agar waspada terhadap bisikan syaitan:

"Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya, orang-orang yang bertaqwa, bila mereka ditimpa was-was
dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya" Surah al-A'raf : 200-201.

Apa yang dapat kita faham dari ayat di atas, orang-orang yang beriman pun harus berwaspada terhadap bisikan syaitan.
Kita tak mahu terbazirnya waktu kerana melayan angan-angan dan bisikan syaitan.
Sedarlah bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini adalah hanya ingin mencari keredhaan Allah, dan melayan hasutan syaitan bukanlah salah satu darinya.
Jadi, kita tahu kita mesti berusaha mempertahankan diri dari pengaruh syaitan, tapi bagaimana?
Jangan biarkan diri hanyut dalam mimpi, elakkan dari perasaan rasa ragu dan dukacita terhadap Allah, jauhkan dari perkara yang boleh buatkan Allah murka kepada kita. Perbanyakkan zikrullah, mengingati Allah, dan membaca ayat-ayat Quran, inshaa Allah kita akan selamat dari bisikan-bisikan ini.

sumber :
  • Harun Yahya, Beberapa Rahasia Dalam al-Qu'ran; tajuk asal Some Secrets of the Qur'an. Edisi Resmi Indonesia copyright 2003 pada Risalah Gusti -- Surabaya
  • al Qur'an al kariim

Wednesday, 10 April 2013

Berkongsilah Walau Sedikit Part 2

gambar hiasan


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

Faedah daripada Nas

Hadis yang dibincangkan di atas telah dituturkan oleh Baginda s.a.w. dalam redaksi yang agak panjang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »

Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Antara faedah-faedah yang boleh dipetik daripada hadis ini:

1) Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa
menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya
sepotong ayat.

2) Berusahalah menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya
begitu besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat
Bukhari : “Demi Allah, sekiranya seorang lelaki memperoleh hidayah (daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat berharga).”

3) Kalimah ‘Anni (dari ku) menunjukkan bahawa ilmu yang benar adalah sesuatu yang
datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Daripada Rasulullah s.a.w. samalah juga
daripada Allah s.w.t. kerana tutur kata Baginda s.a.w. adalah wahyu daripadaNya.

4) Ancaman keras daripada Rasulullah s.a.w. kepada mereka yang menyampaikan sesuatu
tetapi mendustai nya, atau dalam erti kata lain, menyandarkan sesuatu itu daripada
Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda s.a.w. langsung tidak pernah bersabda mengenai
perkara itu. Takutlah dengan ancaman keras ini !!!

5) Sepatah perkataan yang keluar berlandaskan ilmu adalah lebih baik daripada omongan
panjang tetapi kosong daripada hidayah. Berhati-hatilah ketika berbicara, kerana
satu patah perkataan yang keluar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Jalla
wa ‘Ala

Sesiapa yg nak share, silakan, tidak perlu minta izin.
Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk kita kongsikan demi kebaikan bersama.

wassalam

Berkongsilah Walau Sedikit

gambar hiasan
Astaghfirullah hal aziim.
Aku mula terfikir,selama hampir 20 tahun aku hidup di dunia ni, apa sumbangan demi Islam yang telah aku lakukan? Sejauh mana aku berusaha sampaikan ilmu tarbiyyah aku pada sahabat2 aku? Apa yang aku dah kongsikan untuk bimbing kawan-kawan aku? apa yang dah aku laksanakan sepanjang aku join usrah dan tarbiyyah? Astaghfirullah, rasanya tak sampai pun separuh pun dari apa yang aku telah peroleh dari tarbiyyah ku.

Rasa malu teramat ya Allah. Malu pada Mu ya Allah, malu pada Rasulullah saw, malu pada keluarga, malu pada sahabat2ku. Malunya! Aku riak dengan ilmu yang aku ada, ilmu yang aku simpan dalam dadaku sendiri tapi tak pula aku kongsikan. Rasa berdosa…

Kita leka dengan dunia. Itu satu hal. Kita leka dengan diri sendiri. Mencari pahala hanya nak lepaskan diri dari neraka kelak, tpi kita lupa mengajak orang sekeliling kita ikut mencari pahala. Kita cari kesenangan akhirat untuk diri sendiri hingga abaikan saudara kita yang tika ini sedang lalai di buai dunia. Selfish sungguh!
Kita patut takut kalau di akhirat nanti, kalaulah sebelum melangkah ke syurga, ada manusia yang mepersoalkan kita, kenapa dulu kita tak pernah ajak dia solat berjemaah? Kenapa kita tinggalkan dia terlena di katil sedangkan kita tunaikan subuh? Kenapa kita biarkan dia pergi berlagho sedangkan kita asyik dengan geng usrah kita? Kenapa dulu kita tak pernah larang dia buat dosa, sedangkan kita nampak perbuatannya?

Apa yang kita nak jawab?

Kita leka dengan tarbiyyah kita, tapi lupa berkongsi nikmat tarbiyyah itu dengan orang lain.
Apa masalah kita sebenarnya, sampai boleh terlepas pandang akan orang-orang di luar bulatan gembira kita? Alasannya apa? Orang-orang itu di luar jangkauan kita? Malu nak berkongsi, takut dilabel kolot? Takut kena marah? Bimbang kena hambat?

Hendak di kata luar jangkauan, everything is possible and reachable these days. Internet kan ada. Sesiapa yang ada blog, manfaatkanlah sebaiknya, bukan sekadar berkongsi kisah hidup anda je, tapi boleh je anda selitkan pengajaran di sebalik kisah anda tu, sertakan kata motivasi, hadis dan ayat quran jika anda yakin ia berkaitan. Kalau yang jenis berseni tu, boleh je buat komik islamik, rasanya semua orang suka kartun, kan? Bagi mereka yang twitfemes tu, jadikan twitter sebagai wasilah berdakwah. Facebook pun boleh dijadikan platform untuk menyampaikan ilmu. Mudah, kan?

Oh, takut dilabel kolot? Kena marah? Tahukah anda, Rasulullah saw kena lagi teruk dari semua ni, tapi adakah baginda putus asa? Nah.

Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

so, lepas ni marilah kita share ilmu kita walaupun sedikit. Kongsikanlah ilmu yang kita yakini betul, jangan kongsi benda tak sahih pulak ye. Rujuklah sumber yang betul, tak yakin, tanya pada ustaz/ustazah atau mereka yang lebih memahami.

baca seterusnya : Berkongsilah Walau Sedikit Part 2

Nak kongsi? Silakan. Copy paste pun tak apa. Ilmu ini milik Allah swt.

sumber : http://mdsafkyo.blogspot.com/2012/01/sampaikan-dariku-walau-satu-ayat.html#.UWBsDZNgdYl

Monday, 8 April 2013

Kecantikan Cara Islam


Wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan sejak azali lagi. Sejak berkurun lagi, wanita mengamalkan pelbagai petua dan cara semata-mata nak jadi cantik dan kekal cantik. Zaman sekarang pun memang kita perhatikan ramai perempuan sanggup berbelanja lebih sebab nak nampak cantik, menarik, memikat, etc. Ada yang obses dengan mekap, fesyen, ada yang suka pakai contact lens warna warni, ada yang selalu visit salun, ada yang rajin pergi spa, semata-mata sebab apa? Nak cantiklah.

Tapi, bagi yang tak mampu buat semua tu,terutama bagi yang Islam, tak susah pun. Kita amalkanlah kecantikan cara Islam. Islam itu sendiri indah. Kalau kita amalkan Islam dengan sebaiknya, hati kita pun cantik, bila hati cantik, muka pun berseri. :)

"Allah is beautiful and He loves beauty"- (Muslim)
Cuci Wajah 5X sehari
Okay, I know, I know.. some of you might say,"hee bukan ke tak elok cuci muka kerap sangat? Nanti lagi bertambah jerawat adalah." "Cuci muka terlalu kerap boleh sebabkan keradangan pada kulit."
haha, cuci muka bukan bermakna kena guna pencuci muka sebanyak 5 kali setiap hari. What I meant is, cuci muka dengan air mutlak or to be more precise, berwuduklah. Next, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir, dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri Insya Allah.

Bersenam Elakkan Stres
Untuk hilangkan stres bekerja, tekanan belajar, you all boleh bersenam. Bersenam melalui solat. Semasa kita solat, kita gunakan seluruh tubuh kita kan? Tangan, kaki, lutut, even jari kaki pun bersenam jugak. Inilah sebaik-baik senaman yang disuruh untuk kita amalkan sebagai umat Islam sejati. Solatlah dengan kusyuk dan tawaduk. Bila kita ikhlas dalam ibadah kerana Allah swt, InsyaAllah kita dapat manfaatnya.

Rahsia Bibir Gorgeous 
muuahh!
Bibir merah, merekah bak delima, mungil, sihat...semua orang nak bibir macam tu kan? Tak perlu susah payah pakai lipstik, lip balm (tapi kalau keadaan bibir dah kering mengelupas, lip balm tu memang perlulah kan?). Sebaliknya, rajin-rajinkanlah membisikkan kalimah-kalimah Allah, elakkan menipu, atau menyakiti orang lain, jangan menyombong, riak atau takbur. InsyaAllah berserilah bibir kita, manislah senyuman kita. :) senyum sikit.

Popular dan Disayangi
Popular di atas bukan bermaksud femes tak bertempat ya, tapi dikenali dan memiliki ramai sahabat yang menyayangi diri kita ni. Ucapkan salam bila bertemu di ofis, kuliah, majlis, etc. Jangan malas menyapa orang sekeliling. Nanti dicop sombong. Tak nak kan? Selain dapat eratkan silaturrahim sesama saudara Islam, kita dapat luaskan range sahabat kita. Lagi ramai yang kita kenal, lagi ramai yang kita sayang, lagi ramai yang sayang kita InsyaAllah.

Tubuh Langsing Idaman Hati 
Amalkan diet yang teratur. Makan makanan yang sihat - fruits, vegies etc. Yes, this sounds cliche, tapi tak semua orang boleh amalkan dengan betul. Bukan semua orang boleh stick to the diet schedule etc. So, amalkan diet mudah yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu. Tahukah you all yang berpuasa ni boleh membantu buang toksin dari dalam badan? Yup, boleh. Another tips, makanlah kurma. Kandungan gula dalam kurma cukup menjana tenaga dalam badan seharian. wow I sounded like a dietitian. :p Ohya, one more easy peasy thing, minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Bukan 8 liter okay. Ada member salah faham dia kata kena minum 8 liter sehari. wow haha

Okay rasanya itu sahaja yang nak disampaikan hari ini. Maafkan sebarang kesilapan atau keterlanjuran kata yang mungkin menyakiti hati sesiapa. Niat menulis entry ini adalah untuk berkongsi kebaikan. Sebarang kebaikan datang dari Allah swt, yang buruk datang dari saya. Sekian.

diolah dari : Dara.com
wassalam

Wednesday, 3 April 2013

Are You a Thermometer or a Thermostat?


Which one do you think you belong to?

thermostats
or...
thermometer


A thermometer can only measure the 'temperature' of a society, without being able to change their condition. People like this usually love to criticize and judge, but do nothing to make a difference.

But a thermostat, on the other hand, is not only able to analyze the atmosphere, but can also make some changes to it when necessary. People like this realize the importance of doing something in order to make an impact.

So, which one are you? :)
wassalam

source : effysaiful.blogspot.com