Monday, 8 April 2013

Kecantikan Cara Islam


Wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan sejak azali lagi. Sejak berkurun lagi, wanita mengamalkan pelbagai petua dan cara semata-mata nak jadi cantik dan kekal cantik. Zaman sekarang pun memang kita perhatikan ramai perempuan sanggup berbelanja lebih sebab nak nampak cantik, menarik, memikat, etc. Ada yang obses dengan mekap, fesyen, ada yang suka pakai contact lens warna warni, ada yang selalu visit salun, ada yang rajin pergi spa, semata-mata sebab apa? Nak cantiklah.

Tapi, bagi yang tak mampu buat semua tu,terutama bagi yang Islam, tak susah pun. Kita amalkanlah kecantikan cara Islam. Islam itu sendiri indah. Kalau kita amalkan Islam dengan sebaiknya, hati kita pun cantik, bila hati cantik, muka pun berseri. :)

"Allah is beautiful and He loves beauty"- (Muslim)
Cuci Wajah 5X sehari
Okay, I know, I know.. some of you might say,"hee bukan ke tak elok cuci muka kerap sangat? Nanti lagi bertambah jerawat adalah." "Cuci muka terlalu kerap boleh sebabkan keradangan pada kulit."
haha, cuci muka bukan bermakna kena guna pencuci muka sebanyak 5 kali setiap hari. What I meant is, cuci muka dengan air mutlak or to be more precise, berwuduklah. Next, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir, dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri Insya Allah.

Bersenam Elakkan Stres
Untuk hilangkan stres bekerja, tekanan belajar, you all boleh bersenam. Bersenam melalui solat. Semasa kita solat, kita gunakan seluruh tubuh kita kan? Tangan, kaki, lutut, even jari kaki pun bersenam jugak. Inilah sebaik-baik senaman yang disuruh untuk kita amalkan sebagai umat Islam sejati. Solatlah dengan kusyuk dan tawaduk. Bila kita ikhlas dalam ibadah kerana Allah swt, InsyaAllah kita dapat manfaatnya.

Rahsia Bibir Gorgeous 
muuahh!
Bibir merah, merekah bak delima, mungil, sihat...semua orang nak bibir macam tu kan? Tak perlu susah payah pakai lipstik, lip balm (tapi kalau keadaan bibir dah kering mengelupas, lip balm tu memang perlulah kan?). Sebaliknya, rajin-rajinkanlah membisikkan kalimah-kalimah Allah, elakkan menipu, atau menyakiti orang lain, jangan menyombong, riak atau takbur. InsyaAllah berserilah bibir kita, manislah senyuman kita. :) senyum sikit.

Popular dan Disayangi
Popular di atas bukan bermaksud femes tak bertempat ya, tapi dikenali dan memiliki ramai sahabat yang menyayangi diri kita ni. Ucapkan salam bila bertemu di ofis, kuliah, majlis, etc. Jangan malas menyapa orang sekeliling. Nanti dicop sombong. Tak nak kan? Selain dapat eratkan silaturrahim sesama saudara Islam, kita dapat luaskan range sahabat kita. Lagi ramai yang kita kenal, lagi ramai yang kita sayang, lagi ramai yang sayang kita InsyaAllah.

Tubuh Langsing Idaman Hati 
Amalkan diet yang teratur. Makan makanan yang sihat - fruits, vegies etc. Yes, this sounds cliche, tapi tak semua orang boleh amalkan dengan betul. Bukan semua orang boleh stick to the diet schedule etc. So, amalkan diet mudah yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu. Tahukah you all yang berpuasa ni boleh membantu buang toksin dari dalam badan? Yup, boleh. Another tips, makanlah kurma. Kandungan gula dalam kurma cukup menjana tenaga dalam badan seharian. wow I sounded like a dietitian. :p Ohya, one more easy peasy thing, minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Bukan 8 liter okay. Ada member salah faham dia kata kena minum 8 liter sehari. wow haha

Okay rasanya itu sahaja yang nak disampaikan hari ini. Maafkan sebarang kesilapan atau keterlanjuran kata yang mungkin menyakiti hati sesiapa. Niat menulis entry ini adalah untuk berkongsi kebaikan. Sebarang kebaikan datang dari Allah swt, yang buruk datang dari saya. Sekian.

diolah dari : Dara.com
wassalam

No comments:

Post a Comment