Saturday, 26 December 2015

Etude House Color My Brows Review dan Tips Bentuk Kening Tanpa Cukur

Assalamualaikum :)

Etude House memang famous dah kat Malaysia, dan saya baru-baru jugak terjebak dengan make up Korea nih. Ni lah produk dari Korea saya yang pertama hehe..

Saya beli eyebrow mascara ni secara online, Instagram specifically, tapi tak ingat which igshop. Harga not bad, so if this is not too pricey, is this fake (?) Uh-oh...hurmm.. Takpe, kita go on je dengan review XD.
Cute kan packaging dia macam buku

I wish I tahu bahasa Korea...
Ingredients

RUPA PRODUK
Kecil je size dia, 4.5 g, tapi tahan lama tau!
Wand dia kecil je, lebih kecil sikit dari mascara biasa.


PENERANGAN PRODUK


ETUDE HOUSE Color My Brows
Warna: #01 Rich Brown

Brow mascara combs to set, shade and moisten brows for a refined natural look.

PEMAKAIAN
Use wand to gather makeup and apply to brows by combing along direction of growth.

AMARAN
For external use only. Avoid contact with eyes. Keep out of reach or children. Discontinue use if signs of irritation and/or rash appear.

NET WEIGHT: 4.5g (0.15 oz.)
USAGE PERIOD: 6 months after opening of product.

KETAHANAN PRODUK
Rank 5/5: Yes, serius memang tahan lama kat kening, tak comot (depends on cara kita apply) walaupun berjam-jam pakai. Saya tak pasti nak kata berapa jam secara tepat, sebab by Zuhr saya dah cuci sebab nak berwuduk.
Soal tahan berapa bulan, dah setahun jugak ada sebab saya jarang guna. Special occasion je pakai. Biasanya saya guna eyebrow pencil, eyebrow spoolie je. Concealer pun jarang guna sebab leceh sikit.

HARGA: Maaf tak ingat..

Kiri: Sebelum; Kanan: Selepas sapu Etude House Color My Brows

To be honest, masa gambar ni diambil, saya memang tak tahu langsung cara apply mascara ni, so pakai berus je macam tu. Tapi saya dah tengok banyak tutorial Youtube, so rasa tahu dah nak guna. Saya guna mascara kening ni sekali dengan Viva eyebrow pencil, eyebrow spoolie, dan concealer Maybelline (guna concealer brush Voce Moda saya dalam entry sebelum ni).

Viva Eyebrow Brown

Haaa ni la dia spoolie. Dia macam mascara, tapi takde gel ke apa ke. Just berus. Saya beli RM3.50 je kat kedai biasa hahaha. Great steal!
Maybelline Pure Mineral Concealer Code 02
Kalau korang berminat nak pakai, like me, for special occasion, tak susah pun, dan no plucking needed. Perhatian juga ye, saya bukan ubah bentuk kening bila saya lukis, tapi nak bagi nampak kemas dan visible, sebab walaupun kening saya tebal, bulu kening tu agak sparse dan kadang2 hilang dalam gambar XD. Cara saya bentuk kening korang boleh ikut tutorial mudah ni, sebiji sama cara saya pakai:



  1. Gariskan outline kening anda bermula dari bahagian bawah kening, gerak dari depan (area tengah kening) ke belakang (towards hairline). Jangan tekan sangat, lukis secara light. Untuk garisan atas kening, mula dari halfway kening ke belakang seperti gambar no 2.
  2. Fill in kening lightly. Jangan color semua sebab itu tugas spoolie kemudian nanti.
  3. Lightly fill in depan kening tu. Super halus tau!
  4. Ambil spoolie dan wiggle wiggle or zigzag lembut-lembut pada bahagian yang dah di-fill in tadi. Elak dari terkeluar dari garisan yang kita buat first tadi.
  5. (Optional) Gunakan eyebrow mascara, cthnya saya guna Etude House Color My Brows ni, untuk color kening.
  6. Guna concealer brush dan ambil sedikit concealer dan sapu pada bawah kening dan outline keliling kening yg kita dah lukis tadi. Step ni untuk bagi kening nampak sharp dan kemas. Blend into skin color korang, jangan nampak putih sangat pulak area kening tu kelakar je ngupenye nanti hahaha
  7. Done!
Wassalam...

Monday, 21 December 2015

Make Up Brushes yang Pertama - Voce Moda Review

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah lama saya simpan entry ni as a draft, sekarang baru nak habiskan taip.
Make up brush ni saya beli di Sasa Malaysia, IOI Mall. Dah lama tau mengidam nak beli makeup brush. Kerja pun tidak, so, duit ni kumpul jelah dari elaun yang parents bagi hehe. Syukur, dapat jugak beli. Sebenarnya brushes ni dah lama saya beli. Masa 2012 kalau tak silap. Dah lama guna, baru la kita boleh bagi review puas-puas kat orang kan?



Gambar pertama ni saya baru ambil sebab dulu masa taip entri ni lupa nak ambil. Beg make up brushes pun dah buang, sebab tak berapa hygienic. Kan dia ada ziplock, so walaupun kita dah basuh pun brushes tu, kotoran akan build up dalam bag tu. Sangatlah eww. Saya ambil microbiology as a subject dalam program saya. Kesedaran untuk jaga kebersihan semakin bertambah sejak belajar microb ni hehe
These brushes claimed that it is made up of pony hairs and goat's hairs. Again, masalah lupa nak ambil gambar. Nak ambik gambar lagi dah tak boleh sebab dah buang bag dia haha.

Bawah kad instruction ni ada bag brushes. Clear plastic macam ziplock bag. Tahan lasak tapi for me, tak hygienic untuk simpan makeup brushes ni.

Saya pernahlah cuba ikut tips contouring ni. Memang jadi, tapi rasa lain macam tengok kat cermin. Terus basuh muka. Memang tak lah nak pakai macam ni pergi kuliah. Sangat pelik.
Ohya, sebenarnya brushes ni attach tau. Each end ada brush. So semua sekali ada 3 batang seperti gambar pertama..


Yang atas warna dark brown brush tu untuk blending eyeshadow. Tapi besar sangat untuk mata saya.
Yang tengah2 warna putih tu angled powder brush untuk contouring. Tapi saya guna untuk sapu blusher.
Last one tu my fav flat foundation brush.
Ohya, nampak tak kat bawah gambar muka tu, ada tulis made from goat hair, pony hair & kayu something kalau tak silap tak ingat hehe

Eyeshadow brush
Saya jarang guna. Brush ni lembut sangat, tapi sebab saiz agak besar untuk kelopak mata saya, so...hmm :(
Lagi satu, bila sapu eyeshadow tu, powder eyeshadow selalu terbang2, tak lekat pada kelopak mata. Maybe problemnya pada kualiti eyeshadow saya? Whatever the problems are, I don't care anymore since I no longer wear eyeshadows. For me eyeshadows menyusahkan, takes time, leceh sebab kena bersihkan dgn make up cleanser bila nak ambil wuduk. That's just my opinion.
Rate : 2/5

Angled Powder brush
Brush ni agak kasar. I don't like it. That's it! >:( But guna jugaklah bila nak sapu blusher. Itupun saangat jarang sebab pakai blusher HANYA bila ada event besarr besaarr sahaja. Not too much takut tabarruj! Islam first, then other things, remember that! :)
Rate : 2/5

Flat Foundation brush
Sangat lembut. Suka sapu-sapu pada muka walaupun tak de benda nak disapu. Sebab sangat best brush ni. Bila sapu bb cream (saya hanya guna bb cream so far) sapuan sangat rata. Rasa macam magikal nya haha! Baru tahu kenapa some people prefer brushes untuk sapu make up.
Rate : 4/5

Kiri : Concealer brush
Tengah : Powder brush
Kanan : Eyeshadow crease brush

Concealer brush
Brush ni pun best. Cara saya guna, just apply produk concealer pada tangan dulu. Then guna concealer brush ni, ambil sikit pada tangan tadi, lepas tu dab dab on blemishes. Jangan sapu, tapi tekan lembut-lembut pada blemish/parut. InshaaAllah cover la sikit.
Rate : 4/5

Powder brush
Brush ni agak lembut, tak kasar macam yang putih angled brush tadi. Selalunya saya guna untuk sapu bedak 2 way cake ataupun foundation powder pada muka. Saya sapu secara bulat-bulat. Whirling motion. Fokus pada area yang selalu oily. Memang sekata. Mama saya pernah tegur saya guna apa pada muka sampai jadi sekata sangat, almost flawless. Padahal selama ni saya guna bedak sama, tak pernah pula tegur mcm tu. Maybe sbb sebelum ni guna span yang ada sekali dn bedak tu je kut. So efek dia berbeza. Kalau kalian guna brush ni, tapi tak jadi flawless ke apa, jangan blame brush ni pulak. Tengok jugak jenis bedak dan teknik juga. Saya pun bukanlah pakar hehe.
Rate : 4/5

Eyeshadow crease brush
Brush ni ala ala tekstur powder brush yang besar tadi. Just size dia kecik. For me, brush ni terlalu besar untuk guna pada crease. Sangat jarang guna.
Rate : 2/5

Hmm... tu lah kan. Nak sangat2 sebelum beli. Bila dah dapat, tak semua brushes guna pun. Ish, apa lah aku ni.

Harga : RM49.00 (?)
Available at : Sasa Malaysia. Not sure other places though.

Repurchase? Nope. Nak try Breena Beauty Brush pulak nanti.

Use make up to cover flaws or in some cases to improve beauty, not to drag attention = tabarruj tahu!

Wassalam.

Sunday, 20 December 2015

SimplySiti Dermagic Calming Cleanser Review

Bismillah,
Assalamualaikum.

Sebelum ni saya suka post entry in Engish, tapi sekarang nak kurangkan sebab saya tengok tak banyak blog2 yang review dalam Bahasa Malaysia. Kebanyakannya English, dan review oleh foreigners. Kalau diorang buat review saya tak percaya sangat, sebab pada saya, kulit orang Asia Tenggara ni mana sama dengan diorang kan? So, here I am nak share dgn kalian semua pasal produk yang saya pernah guna.

Lupa nak ambil gambar sebelum tulis review. Hee sorry guys..

Bercerita soal produk SimplySiti ni, dah lebih setahun jugaklah saya guna. Dari zaman sekolah menengah, rasanya dah berbelas produk saya dah guna. Dah pernah guna Biore, Oxy, Garnier, takde kesan. Maybe sebab hormon time tu tak berapa nak stabil lagi? Haha. Konon dah 21 ni hormon dah stabil lah yer? Saya start guna SimplySiti Dermagic Calming Cleanser dulu. Asalnya kakak ipar saya guna, tapi tak sesuai untuk kulit dia. So, dia bagi saya guna. Bila saya guna, "Eh, elok pulak". Okay, harus saya ingatkan, kakak ipar saya kulit kering, sawo matang, dan kulit mukanya tebal dari saya. Tebal tu macam hmmm...macam mana nak cakap ye. Tebal lah. Jangan salah faham ye. Kulit saya pulak jenis kombinasi. T zone memang saaangat berminyak, pipi pulak kering. Tapi area pipi je yang selalu tumbuh jerawat. So banyak la parut kat situ.

Mula-mula saya guna facewash/cleanser je dulu. Then, beli Simply Siti Dermagic Beauty Moisturiser pulak. Sekarang, dah ada toner sekali, kak ipar saya bagi, sebab tak sesuai dgn dia. Saya review Simply Siti Dermagic Calming Cleanser sahaja untuk entry ini dulu ya.

Pendapat saya guna Simply Siti Dermagic Calming Cleanser:

PROS
-refreshing
-pores jadi halus
-kulit jadi smooth dan lembut
-tidak mengeringkan (pipi saya biasanya kering dan mengelupas)
-kulit kusam yang memang trademark saya terus jadi segar.

Okay, yang ayat last tu macam cliche dalam hampir semua cleanser, tapi saya dapat rasakan beza guna cleanser ni berbanding cleanser lain kat luar sana. Bila balik kuliah, kan muka letih, stres, berminyak, merah sunburn, tapi lepas cuci guna cleanser ni, Alhamdulillah, segar. Memang sesuai lah nama dia, Calming Cleanser. Pernah sekali saya guna cleanser Alaisyah sekejap sebab cleanser Dermagic ni tertinggal. Tapi tak sama rasanya. Kulit saya tak rasa overdried pun. Lembut! Bukanlah saya nak kata produk lain mcm Alaisyah tak elok. Tidak sama sekali. Lain kulit, lainlah reactionnya.
Ohya, sekarang dah botol ke-4 kalau tak silap. Ni pun dah tinggal sikiit sgt. Hm, masuk semester baru ni kena beli stok cepat-cepat. Merdeka Sale ni mesti cepat habis lagi huhhh.

CONS
-agak pricey untuk student (pada saya laaa)

Repurchase? Bila dah kerja, duit masyuk tiap bulan nanti.

Harga : RM29.90 (lebih murah ketika sale) - cepat sangat sold out! Hot sangat kut?
Boleh didapati di Watsons, Guardians.

Wednesday, 16 December 2015

Simply Siti Dermagic Beauty Moisturiser Review

Bismillah...
Assalamualaikum

Kali ni review Simply Siti Dermagic Beauty Moisturiser Review pulak. Actually review ni dah laaamaa duduk dalam draft. Dari tahun lepas. Teruk tak? Hehehe. Sekarang dah tak pakai krim ni, tapi saya upload je utk bacaan dan reference korang.

Kotak SimplySiti. Kemek sikit hehe
Product claims
Kandungan krim..saya tend to watch out for Carbomer. Cek CosDNA why.


Glassy jar, sangat cantik, kan?
KONSISTENSI PRODUK
Yep, saya ambil guna jari, sebab spatula tidak disediakan
Tekstur krim ni sebenarnya gel, tapi melt once kena haba kulit kita.
Krim ni cepat serap ke dalam kulit bila kita sapu. Tak rasa melekit atau greasy, dan kulit saya jenis oily. Super oily, tapi krim ni tak buat kulit rasa oily pun. But nak kata matte pun tak. Untuk dry skin, saya tak sure effect untuk korang macam mana.

Dari kiri: (1) Krim cair bila disapu pada kulit. (2) Krim diratakan (3&4) Meresap setelah beberapa saat

PROS
- bau tidak keterlaluan, lembut
- tekstur lembut
- cepat meresap ke dalam kulit
- tidak berminyak pada kulit
- parut jerawat pudar, hanya pudar, tak hilang terus tau. Parut kan ambil masa nak hilang. :)
- kulit jadi lembut

CONS
- kulit kembali berminyak setelah couple of hours (memanglah, this cream never claimed it has oil control properties kan?)
- pimples tetap ada sebiji-sebiji, tapi tak galak macam dulu lah
- agak pricey untuk seorang student
- bekas ala ala macam kaca, kena hati-hati lah bawa travel
- since it is made of glass(?) ia agak berat
- kuantiti agak sikit (untuk orang yang suka sapu cream selalu macam saya heheee - ini perangai not good!)

Saya ada perasan jerawat dah kurang, tapi tak pasti sama ada sebab moisturiser ini atau produk lain yang saya guna, atau pemakanan, atau diet harian saya yang dah berubah. cewah ayat.
Yang bestnya guna cream ni, memang mostly mcm yang dikatakan dalam gambar atas tu. Mostly tau. Pasal fair skin, lightens benefits yang dia claim macam dalam gambar atas tu, saya tak pasti. Sebab kulit saya memang semula jadi cerah, alhamdulillah. Lifting V shaping effect pun saya tak pasti. Yang saya dapat rasa dan perhati, kulit kering pada pipi ni jadi lembut, lembap, segar, warna kulit pun sekata, alhamdulillah. Reduce fine lines tu boleh la terima, saya sapu bawah mata, sebab ada sikit eyebag, eyewrinkle. Syukur dah kurang dah.
Tapi semua ni berbeza pada setiap individu ye. Saya tak pasti efek dia pada kulit kalian semua yang pelbagai.

Adakah saya akan beli lagi? Nope. Saya cari krim yang ada oil control property.

Nak cuba?
Boleh beli di Watsons, Aeon Big, Guardians, tempat lain saya tak tahu sangat.
Online pun boleh, SimplySiti.com.my
Harga : RM 36 +/- (saya beli masa sale. normal price dekat website SimplySiti RM39.90)

Kalau ada soalan ke komen ke, just shoot it. InshaaAllah, ada masa saya baca dan balas.
Wassalam.