Assalamualaikum
Kali ni review Simply Siti Dermagic Beauty Moisturiser Review pulak. Actually review ni dah laaamaa duduk dalam draft. Dari tahun lepas. Teruk tak? Hehehe. Sekarang dah tak pakai krim ni, tapi saya upload je utk bacaan dan reference korang.
![]() |
Kotak SimplySiti. Kemek sikit hehe |
![]() |
Product claims |
![]() |
Kandungan krim..saya tend to watch out for Carbomer. Cek CosDNA why. |
![]() |
Glassy jar, sangat cantik, kan? |
![]() |
Yep, saya ambil guna jari, sebab spatula tidak disediakan |
![]() |
Tekstur krim ni sebenarnya gel, tapi melt once kena haba kulit kita. |
![]() |
Dari kiri: (1) Krim cair bila disapu pada kulit. (2) Krim diratakan (3&4) Meresap setelah beberapa saat |
PROS
- bau tidak keterlaluan, lembut
- tekstur lembut
- cepat meresap ke dalam kulit
- tidak berminyak pada kulit
- parut jerawat pudar, hanya pudar, tak hilang terus tau. Parut kan ambil masa nak hilang. :)
- kulit jadi lembut
CONS
- kulit kembali berminyak setelah couple of hours (memanglah, this cream never claimed it has oil control properties kan?)
- pimples tetap ada sebiji-sebiji, tapi tak galak macam dulu lah
- agak pricey untuk seorang student
- bekas ala ala macam kaca, kena hati-hati lah bawa travel
- since it is made of glass(?) ia agak berat
- kuantiti agak sikit (untuk orang yang suka sapu cream selalu macam saya heheee - ini perangai not good!)
Saya ada perasan jerawat dah kurang, tapi tak pasti sama ada sebab moisturiser ini atau produk lain yang saya guna, atau pemakanan, atau diet harian saya yang dah berubah. cewah ayat.
Yang bestnya guna cream ni, memang mostly mcm yang dikatakan dalam gambar atas tu. Mostly tau. Pasal fair skin, lightens benefits yang dia claim macam dalam gambar atas tu, saya tak pasti. Sebab kulit saya memang semula jadi cerah, alhamdulillah. Lifting V shaping effect pun saya tak pasti. Yang saya dapat rasa dan perhati, kulit kering pada pipi ni jadi lembut, lembap, segar, warna kulit pun sekata, alhamdulillah. Reduce fine lines tu boleh la terima, saya sapu bawah mata, sebab ada sikit eyebag, eyewrinkle. Syukur dah kurang dah.
Tapi semua ni berbeza pada setiap individu ye. Saya tak pasti efek dia pada kulit kalian semua yang pelbagai.
Adakah saya akan beli lagi? Nope. Saya cari krim yang ada oil control property.
Nak cuba?
Boleh beli di Watsons, Aeon Big, Guardians, tempat lain saya tak tahu sangat.
Online pun boleh, SimplySiti.com.my
Harga : RM 36 +/- (saya beli masa sale. normal price dekat website SimplySiti RM39.90)
Kalau ada soalan ke komen ke, just shoot it. InshaaAllah, ada masa saya baca dan balas.
Wassalam.
boleh ke kalau pakai cream jenama ni tapi pakai pencuci muka jenama lain?
ReplyDelete