Assalamualaikum.
Sebelum ni saya suka post entry in Engish, tapi sekarang nak kurangkan sebab saya tengok tak banyak blog2 yang review dalam Bahasa Malaysia. Kebanyakannya English, dan review oleh foreigners. Kalau diorang buat review saya tak percaya sangat, sebab pada saya, kulit orang Asia Tenggara ni mana sama dengan diorang kan? So, here I am nak share dgn kalian semua pasal produk yang saya pernah guna.
Lupa nak ambil gambar sebelum tulis review. Hee sorry guys.. |
Bercerita soal produk SimplySiti ni, dah lebih setahun jugaklah saya guna. Dari zaman sekolah menengah, rasanya dah berbelas produk saya dah guna. Dah pernah guna Biore, Oxy, Garnier, takde kesan. Maybe sebab hormon time tu tak berapa nak stabil lagi? Haha. Konon dah 21 ni hormon dah stabil lah yer? Saya start guna SimplySiti Dermagic Calming Cleanser dulu. Asalnya kakak ipar saya guna, tapi tak sesuai untuk kulit dia. So, dia bagi saya guna. Bila saya guna, "Eh, elok pulak". Okay, harus saya ingatkan, kakak ipar saya kulit kering, sawo matang, dan kulit mukanya tebal dari saya. Tebal tu macam hmmm...macam mana nak cakap ye. Tebal lah. Jangan salah faham ye. Kulit saya pulak jenis kombinasi. T zone memang saaangat berminyak, pipi pulak kering. Tapi area pipi je yang selalu tumbuh jerawat. So banyak la parut kat situ.
Mula-mula saya guna facewash/cleanser je dulu. Then, beli Simply Siti Dermagic Beauty Moisturiser pulak. Sekarang, dah ada toner sekali, kak ipar saya bagi, sebab tak sesuai dgn dia. Saya review Simply Siti Dermagic Calming Cleanser sahaja untuk entry ini dulu ya.
Pendapat saya guna Simply Siti Dermagic Calming Cleanser:
PROS
-refreshing
-pores jadi halus
-kulit jadi smooth dan lembut
-tidak mengeringkan (pipi saya biasanya kering dan mengelupas)
-kulit kusam yang memang trademark saya terus jadi segar.
Okay, yang ayat last tu macam cliche dalam hampir semua cleanser, tapi saya dapat rasakan beza guna cleanser ni berbanding cleanser lain kat luar sana. Bila balik kuliah, kan muka letih, stres, berminyak, merah sunburn, tapi lepas cuci guna cleanser ni, Alhamdulillah, segar. Memang sesuai lah nama dia, Calming Cleanser. Pernah sekali saya guna cleanser Alaisyah sekejap sebab cleanser Dermagic ni tertinggal. Tapi tak sama rasanya. Kulit saya tak rasa overdried pun. Lembut! Bukanlah saya nak kata produk lain mcm Alaisyah tak elok. Tidak sama sekali. Lain kulit, lainlah reactionnya.
Ohya, sekarang dah botol ke-4 kalau tak silap. Ni pun dah tinggal sikiit sgt. Hm, masuk semester baru ni kena beli stok cepat-cepat. Merdeka Sale ni mesti cepat habis lagi huhhh.
CONS
-agak pricey untuk student (pada saya laaa)
Repurchase? Bila dah kerja, duit masyuk tiap bulan nanti.
Harga : RM29.90 (lebih murah ketika sale) - cepat sangat sold out! Hot sangat kut?
Boleh didapati di Watsons, Guardians.
No comments:
Post a Comment