Bismillah.
Assalamualaikum.
Dah lama saya simpan entry ni as a draft, sekarang baru nak habiskan taip.
Make up brush ni saya beli di Sasa Malaysia, IOI Mall. Dah lama tau mengidam nak beli makeup brush. Kerja pun tidak, so, duit ni kumpul jelah dari elaun yang parents bagi hehe. Syukur, dapat jugak beli. Sebenarnya brushes ni dah lama saya beli. Masa 2012 kalau tak silap. Dah lama guna, baru la kita boleh bagi review puas-puas kat orang kan?
Gambar pertama ni saya baru ambil sebab dulu masa taip entri ni lupa nak ambil. Beg make up brushes pun dah buang, sebab tak berapa hygienic. Kan dia ada ziplock, so walaupun kita dah basuh pun brushes tu, kotoran akan build up dalam bag tu. Sangatlah eww. Saya ambil microbiology as a subject dalam program saya. Kesedaran untuk jaga kebersihan semakin bertambah sejak belajar microb ni hehe
These brushes claimed that it is made up of pony hairs and goat's hairs. Again, masalah lupa nak ambil gambar. Nak ambik gambar lagi dah tak boleh sebab dah buang bag dia haha.
![]() |
Bawah kad instruction ni ada bag brushes. Clear plastic macam ziplock bag. Tahan lasak tapi for me, tak hygienic untuk simpan makeup brushes ni. |
Ohya, sebenarnya brushes ni attach tau. Each end ada brush. So semua sekali ada 3 batang seperti gambar pertama..
Eyeshadow brush
Saya jarang guna. Brush ni lembut sangat, tapi sebab saiz agak besar untuk kelopak mata saya, so...hmm :(
Lagi satu, bila sapu eyeshadow tu, powder eyeshadow selalu terbang2, tak lekat pada kelopak mata. Maybe problemnya pada kualiti eyeshadow saya? Whatever the problems are, I don't care anymore since I no longer wear eyeshadows. For me eyeshadows menyusahkan, takes time, leceh sebab kena bersihkan dgn make up cleanser bila nak ambil wuduk. That's just my opinion.
Rate : 2/5
Angled Powder brush
Brush ni agak kasar. I don't like it. That's it! >:( But guna jugaklah bila nak sapu blusher. Itupun saangat jarang sebab pakai blusher HANYA bila ada event besarr besaarr sahaja. Not too much takut tabarruj! Islam first, then other things, remember that! :)
Rate : 2/5
Flat Foundation brush
Sangat lembut. Suka sapu-sapu pada muka walaupun tak de benda nak disapu. Sebab sangat best brush ni. Bila sapu bb cream (saya hanya guna bb cream so far) sapuan sangat rata. Rasa macam magikal nya haha! Baru tahu kenapa some people prefer brushes untuk sapu make up.
Rate : 4/5
![]() |
Kiri : Concealer brush Tengah : Powder brush Kanan : Eyeshadow crease brush |
Brush ni pun best. Cara saya guna, just apply produk concealer pada tangan dulu. Then guna concealer brush ni, ambil sikit pada tangan tadi, lepas tu dab dab on blemishes. Jangan sapu, tapi tekan lembut-lembut pada blemish/parut. InshaaAllah cover la sikit.
Rate : 4/5
Powder brush
Brush ni agak lembut, tak kasar macam yang putih angled brush tadi. Selalunya saya guna untuk sapu bedak 2 way cake ataupun foundation powder pada muka. Saya sapu secara bulat-bulat. Whirling motion. Fokus pada area yang selalu oily. Memang sekata. Mama saya pernah tegur saya guna apa pada muka sampai jadi sekata sangat, almost flawless. Padahal selama ni saya guna bedak sama, tak pernah pula tegur mcm tu. Maybe sbb sebelum ni guna span yang ada sekali dn bedak tu je kut. So efek dia berbeza. Kalau kalian guna brush ni, tapi tak jadi flawless ke apa, jangan blame brush ni pulak. Tengok jugak jenis bedak dan teknik juga. Saya pun bukanlah pakar hehe.
Rate : 4/5
Eyeshadow crease brush
Brush ni ala ala tekstur powder brush yang besar tadi. Just size dia kecik. For me, brush ni terlalu besar untuk guna pada crease. Sangat jarang guna.
Rate : 2/5
Hmm... tu lah kan. Nak sangat2 sebelum beli. Bila dah dapat, tak semua brushes guna pun. Ish, apa lah aku ni.
Harga : RM49.00 (?)
Available at : Sasa Malaysia. Not sure other places though.
Repurchase? Nope. Nak try Breena Beauty Brush pulak nanti.
Use make up to cover flaws or in some cases to improve beauty, not to drag attention = tabarruj tahu!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment